fbpx

Tips Cara Pakai Toner Dengan Betul

Tips cara pakai toner dengan betul ??

Masih ramai lagi wanita sebenarnya tidak tahu penting nya toner dalam penjagaan harian kulit wajah. Kulit kita sememangnya semulajadi berasid, kulit yang normal mempunyai keseimbangan pH diantara lima dan enam. Selepas mencuci muka, sifat alkali dari produk pencuci boleh menganggu keseimbangan pH dan menyebabkan kulit berminyak. Toner membantu mengembalikan semula keseimbangan pH dengan cepat. Jadi kat sini penulis nak terangkan cara pakai toner yang betul khas untuk jenis kulit yang berminyak dan kering.

1. Kulit berminyak dan kombinasi : Guna Kapas

Selalu kan kita pakai kapas untuk apply toner, dan cara ni sebenarnya sesuai untuk semua jenis kulit, tapi akan work better untuk korang yang ada masalah kulit berminyak dan kombinasi.

Kerana pemakaian toner dengan kapas ni akan membersihkan kulit dengan lebih dalam, dan membuang minyak yang berlebihan tu tau, dan jugak berfungsi untuk “exfoliate” kan sel mati

2. Kulit normal, kering , sensitive : Tangan

Perasan tak bila anda dap dap muka dengan tangan, anda dapat rasakan yang macam kulit muka anda menyerap toner tu. Ini disebabkan pergerakan tangan yang lembut pada kulit muka, dan haba pada tangan akan menyebabkan toner diserap lebih baik oleh kulit taw. Sebab tu lah sesuai untuk orang yang kulit kering

Tips taknak membazir pakai toner dengan kapas ⤵

Kalau anda risau yang membazir pakai toner dengan kapas, ada trick nya. Basahkan dulu kapas anda dengan air bersih dan perah sampai kering ,Then baru lah anda letak toner, supaya tak de lah kapas anda akan menyerap semua toner tu dan membazir ☺

So pastikan cara pemakaian skincare adalah betul okay ❤

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *