fbpx
3 Perkara Wajib Yang Ibu- Ibu Perlu Lakukan Walaupun Sibuk Mengurus Keluarga!

3 Perkara Wajib Yang Ibu- Ibu Perlu Lakukan Walaupun Sibuk Mengurus Keluarga!

Selain menjaga rumah tangga, menjaga kecantikan dan kesihatan diri supaya lebih menarik juga boleh membuat kita sendiri berasa lebih bahagia. Tapi bagaimana nak menjaga kecantikan kalau pagi-pagi dah busy? Dengan nak urus anak, nak hidangkan sarapan untuk suami, kemas rumah basuh baju. Mana ada masa? Haa, nak nampak cantik bukan hanya perlu pakai make up sahaja. Di sini kami sediakan 5 tips menjaga kecantikan untuk ibu-ibu semua. Ia tak susah pun! Jom cuba.

1. Pakai pelembap wajah

? Ini tips menjaga kecantikan dan cara yang paling mudah dan asas yang boleh anda lakukan. Walaupun anda berada seharian di rumah, pelembab wajah wajib digunakan untuk menjaga kulit agar ia tidak kering dan kusam. Tidak hanya pancaran matahari yang buatkan kulit menjadi kering dan kusam, wap panas di dapur juga boleh membuatkan wajah cepat kering dan lebih cepat mengeluarkan garis-garis halus. Kadang-kadang bila kita sibuk nak mneguruskan rumah, kita terlupa nak pakai pelembab, kan? Langkah mudah: anda boleh letakkan pelembab di tandas supaya kita sentiasa ingat untuk memakainya selepas mandi. Tambahan pula, kulit yang agak basah akan menyerap pelembab dengan lebih baik.

2. Senaman

? Walau bagaimana sibuk pun anda dengan urusan rumah dan anak-anak, jangan lupa untuk meluangkan sedikit masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk bersenam. Anda tak perlu pergi berlari sejauh 2 km untuk mendapatkan badan yang cergas. Hanya dengan senaman ringan seperti yoga, push-up, squat ataupun skipping pun dah cukup. Ajak anak anda bersenam sekali, kan lebih seronok.

3. Makan buah dan sayur.

? Bukan si kecil saja yang wajib makan buah dan sayur, anda juga memerlukannya. Kandungan vitamin dan nutrisi pada buah memiliki khasiat untuk mencerahkan kulit wajah dan mencegah timbulnya bintik-bintik hitam yang kerap muncul apabila usia bertambah. Pilih buah yang mengandungi vitamin C yang tinggi, seperti jambu air, betik, atau strawberi. Untuk sayur, pilih yang berserat tinggi seperti bayam, brokoli, dan tomato. Serat akan membantu melancarkan sistem pembuangan di dalam tubuh dan secara tidak langsung membuatkan kulit wajah lebih cerah dan bersinar.

SELAMAT MENCUBA! ??

Leave a Reply

Close Menu
×

Cart