fbpx
3 Tips Hilangkan Bintik Hitam Yang Akak Boleh Buat Sendiri di Rumah

3 Tips Hilangkan Bintik Hitam Yang Akak Boleh Buat Sendiri di Rumah

1. KULIT KAYU MANIS
Kulit kayu manis mempunyai banyak khasiatnya,bukan sahaja untuk masakan malahan kayu manis pun boleh dibuat untuk kulit muka. Ini kerana kulit kayu manis mengandungi partikel mikrob yang bantu membuang debu yang tersumbat dalam liang pori agar dapat mengelak daripada bintik hitam yang degil.

Cara melakukannya :

Campurkan satu camca teh serbuk kayu manis dengan madu, jadikan seperti pes.

Sapukan pada kawasan muka anda yang mempunyai bintik hitam biarkan semalaman.

Kemudian bilas kan muka bila bila sudah cukup semalaman.

Lap lembut dengan tuala kering dan bersih,kemudian ulang selama seminggu untuk lihat keberkesanan.

2. MADU
Semestinya anda tahu khasiat pada madu.Madu merupakan antibiotik semula jadi yang dapat membantu menarik kotoran didalam liang pori dan disamping itu dapat memberi kelembapan serta menegangkan kulit untuk kulit bersih segar. Campuran madu dan lemon adalah yang terbaik.

Cara melakukannya :

Akak kena hangatkan secawan madu.

Kemudian, potong sedikit lemon untuk dimasukkan kedalam didihan madu tersebut dan ratakan pada wajah akak dengan menggunakan kulit lemon. Akak perlu fokus pada bahagian yang bermasalah.

Bilas dengan air dan ulang setiap hari!

3. LEMON
Seperti yang akak tahu, lemon merupakan sejenis buah yang sangat baik untuk kulit wajah akak dan juga kesihatan. Kalau akak nak tahu lemon ini ada Alpha Hydroxy Acid dimana secara semulajadinya boleh jadi sebagai mengulupas kulit dimana ianya dapat melindungi kulit akak daripada jerawat dan juga bintik hitam.

Cara melakukannya :

Campurkan jus Lemon yang diperah bersama air mawar dalam kuantiti yang sama dan sapukan pada kawasan kulit yang mempunyai bintik hitam.

Kemudian biarkan ia selama 15 minit dan bilas dengan air sejuk.

Ulang setiap hari sehingga dua minggu berturut-turut untuk hasil yang berkesan.

Leave a Reply

Close Menu
×

Cart