fbpx

4 RUTIN UNTUK DAPATKAN KULIT SIHAT DAN CANTIK

4 RUTIN UNTUK DAPATKAN KULIT SIHAT DAN CANTIK

1. BFF dengan air mineral

minum air mineral dengan banyak. Jangan malas nak minum air tu. Saya tau mesti korang beri alasan seperti “malas nak pergi tandas asyik nak terkencing” atau “penat nak buka penutup botol banyak kali”.

Okay, jujurnya saya pun kadang-kadang malas jugak nak minum air. Jadi untuk merajinkan diri, saya beli botol air yang ada straw. Korang tak perlu buka penutup ke apa, korang sedut je. So dah takde alasan kan? Haha. Jom beli botol ada straw!

2.Pastikan sentiasa ‘moisturize‘ diri kita

Dalam erti kata lain berkawan lah dengan lip balm dan moisturizer. Sebut pasal moisturizer, mintak tolong sangat kat korang untuk invest dekat moisturizer yang bagus. Jangan hampa dok pi beli krim timbang kilo punya.

Beli moisturizer yang salah akan buat kulit kita breakout teruk. Jadi tolong ya invest sedikit, kata nak cantik sama-sama.

3. Sebelum gosok gigi amalkan minum air mineral

Ibu saya pesan kalau nak awet muda kena amalkan minum air mineral sewaktu korang baru celik mata dan sebelum korang gosok gigi.

Sebabnya waktu tu seluruh badan korang baru bangun, air ni ibarat minyak yang memanaskan enjin kereta. Cubalah!

4. Jangan makan selepas 5 petang

no fastfood, dilarang makan, no eating

Sebenarnya makan waktu malam ni tak bagus untuk kesihatan. Jadi alang-alang nak dapat kulit cantik korang boleh kurus sekali tau. Kadang-kadang malam tu kita makan sebab nak mengunyah je, bukan lapar pun. Ye dok?

Jadi satu tips saya, sis akan tanya dekat diri sendiri “do I want an apple?” kalau jawapan kita tak, maknanya kita nak makan sebab nak mengunyah je. Jadi elakkan habit makan sebab bosan selepas pukul 5 petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *