fbpx
5 Manfaat Teh Hijau Untuk Kecantikkan Kulit

5 Manfaat Teh Hijau Untuk Kecantikkan Kulit

  • TEH HIJAU UNTUK MENGATASI JERAWAT DAN KULIT BERMINYAK – Manfaat teh hijau untuk kecantikan kulit adalah untuk merawat masalah jerawat. Caranya adalah dengan menuangkan teh hijau dalam bekas ais kiub, kemudian simpan di dalam peti sejuk. Setelah beku, usapkan kiub teh tersebut pada permukaan wajah setiap hari secara perlahan dan merata. Setelah itu biarkan hingga mengering dengan sendirinya. Untuk mengatasi masalah jerawat, anda boleh mencubanya dengan cara membuat masker dari daun teh yang dicampur dengan putih telur.

 

  • MENGHILANGKAN “EYE BAG” DENGAN TEH HIJAU – Bagi anda yang memiliki masalah dengan “eye bag” atau mata panda akibat kurang tidur, anda dapat mencuba untuk menghilangkan masalah tersebut dengan cara merendam teh hijau dengan air panas selama 10 minit, setelah itu asingkan dan simpan di dalam peti sejuk.  Kemudian celupkan sepotong kapas kedalam larutan teh tersebut dan tempekkan pada kelopak mata selama 10 minit. Selain itu anda juga dapat mencuba dengan cara yang lebih praktik yaitu dengan menggunakan uncang teh celup bekas pakai yang sebelumnya yang sudah disejukkan di dalam peti sejuk.

 

  • TEH HIJAU MELINDUNGI KULIT DARI SINAR MATAHARI – Bagi anda yang sering melakukan aktiviti luar rumah dan sering terkena sinaran matahari, anda boleh melindungi kulit anda dengan menggunakan teh hijau. Caranya adalah dengan merendam 2 sudu makan daun teh, lalu biarkan hingga sejuk. Setelah sejuk, celupkan kain yang lembut kedalam air teh tersebut. Setelah itu gunakan kain tersebut untuk mendemah pada bahagian kulit yang akan terkena sinaran matahari. Kemudian biarkan hingga kering. Sebaiknya lakukan pendemahan sekitar 30 minit sebelum melakukan aktiviti di luar rumah.

 

  • FACIAL SCRUB DENGAN TEH HIJAU – Manfaat teh hijau untuk kecantikan kulit boleh digunakan sebagai facial scrub. Anda dapat menggunakan teh hijau sebagai facial scrub untuk melembutkan dan menghaluskan wajah, dengan cara mencampurkan 1 sudu teh cornmeal dengan teh chamomile, kemudian gunakan sebagai scrub dan gosokkan dengan lembut pada permukaan wajah. Biarkan hingga kering, kemudian bilas dengan air suam. Bagi anda yang mempunyai kulit sensitif, sebaiknya hindari cara ini.

  • ATASI KULIT KERING DAN LEMBAB DENGAN TEH HIJAU – Bagi anda yang memiliki masalah dengan kulit kering, anda boleh cuba mengatasinya dengan cara membuat masker teh dengan campuran oatmeal dan lemon.Caranya adalah dengan mencampurkan beberapa sudu air teh dengan beberapa titis perahan lemon ke dalam 3 sudu oatmeal. Setelah itu usapkan ke seluruh bahagian wajah sambil diusap lembut dengan gerakan memutar. Kemudian biarkan selama 15 minit, lalu basuh dengan air sejuk.

Leave a Reply

Close Menu
×

Cart