fbpx

6 Idea Menarik Survive Lepas PKP. No 6 Tu Yang “BEST” Tak Ramai Percaya Senang Nak Buat.

Tips best khas bagi mereka yang masih "termenung" fikirkan nasib diri dan keluarga akan datang.

STOP termenung! Baca sampai habis..

1. Tips #1: Kita adalah “senjata” terbaik kepada kapasiti pendapatan sendiri !

Jangan fikir untuk berubah hanya lepas kita dibuang kerja!

Jika makan gaji, kita boleh mula fokus untuk mencapai “prestasi luar jangkaan”. Kita lebih berpeluang besar untuk kekal dalam karier sebagai aset berbanding seseorang yang boleh dibuang ketika kegawatan ekonomi.

Jika peniaga atau pengusaha bisnes, bina senarai klien dan sentiasa kemas kini strategi pemasaran. Fokus terhadap hubungan antara kita dan pelanggan.

*Gambar sekadar hiasan

Tips #2: Elak berhutang! Habiskan semua dulu jika mampu.

Mengikut Laporan AKPK dalam Keadaan Ekonomi Pekerja di Malaysia 2018, lebih daripada separuh (53%) rakyat yang memperoleh pendapatan sebanyak RM 2,000 tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan kecemasan sebanyak RM 1,000.

*Gambar sekadar hiasan

Kita perlu ada dana kecemasan! Mula dengan menyenaraikan kos bulanan yang biasa dibelanjakan bersama perkara asas lain i.e makanan, pakaian. Selepas itu, simpan sehingga cukup untuk menyara kehidupan selama enam bulan.

Tips #3: Sediakan wang simpanan sekurang-kurangnya untuk 6 bulan kehadapan.

Kehilangan sumber pencarian tanpa pengganti pendapatan sangatlah membebankan bagi siapa sekalipun. Takut lama-kelamaan, sampai terpaksa menjual aset untuk menyara hidup.

Perkara ini mungkin tidak masuk akal bagi kita tetapi ianya realiti yang boleh terjadi. Tanya orang di gelandangan jika tak percaya.

Tips #4: Kawal perbelanjaan !

Analisa perbelanjaan dan cari alternatif lain yang lebih murah. Mula dengan menyenaraikan semua perbelanjaan dan pilihan lain yang ada di pasaran. Selepas itu, pilih yang mana yang terbaik bergantung kepada praktikaliti dan kos.

Berjaga-jagalah dengan apa yang dibelanjakan. Adakah kita betul-betul perlukan set televisyen baru ataupun kereta baru yang di idamkan itu? Berhenti menarik perhatian jiran tapi hidup mengikut kemampuan!

*Gambar sekadar hiasan

Lagi bagus kalau letakkan hasil titik peluh tersebut di dalam pelaburan dan biarkan ia berkembang!

Tips #5: Usaha ke arah penambah baik pemikiran kewangan.

Nak tahu senjata terbaik untuk berjaya? Ianya adalah minda kita. Emosi mengawal segala-galanya!
Pertama sekali, mula dengan bersyukur dengan rezeki yang kita terima. Kesedaran diri, doa dan senaman pernafasan telah terbukti dalam mengurangkan stres dan menyihatkan tubuh badan dalam jangka masa panjang. Dengar podcasts yang membina dan juga dengar nasihat mentor. Baca berita yang positif dan hindarkan berita negatif jika ia tidak berkenaan dengan kita.

Sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa semua keadaan akan berakhir sama ada baik atau buruk. Warren Buffett pernah berkata, “Kita masih dalam keadaan gawat, kita tidak akan keluar daripada keadaan ini untuk beberapa masa, tetapi kita akan keluar daripada keadaan ini dalam jangka masa yang panjang”.

Tips #6: Tingkatkan pendapatan

Anda perlu berikhtiar untuk melindungi diri anda jika anda khuatir akan keadaan ekonomi di masa akan datang. Antara cara untuk melindungi pendapatan anda adalah dengan meningkatkan pendapatan anda sekarang.

Pilih kerja tambahan yang boleh memberi gaji yang lebih. Kami tidak memaksa anda meninggalkan kerja anda sekarang tetapi gunakan peluang yang ada didepan mata!

Nak cara mudah buat duit tambahan tanpa perlukan sebarang modal dan tak perlukan anda behenti kerja sekarang ni? Tekan bawah sekarang.

Jangan lupa sampaikan pada kawan-kawan sekiranya bermanfaat !!

Facebook
Twitter
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published.