fbpx

6 Kesilapan Dalam Penjagaan Muka

6 Kesilapan Dalam Penjagaan Muka

 

❌Kesilapan 1: Cuci muka berkali kali.
Ada dua sebab kenapa kita tidak boleh cuci muka terlalu sering:
1. Boleh mnyebabkan kulit trlalu kering dan hilang kelembapan selepas dicuci.
2. Kulit akan cenderung jd lebih berminyak dan berjerawat.

❌Kesilapan 2: Gosok muka terlalu kuat.
Ramai yg ingat bagian yg ada jerawat atau bermasalah kena gosok dan sental lebih kuat utk keluarkan sebum dan kotoran dlm liang roma. Sebenarnya kita dilarang menggosok kulit terlalu kuat kerana blh menyebabkan kulit mnjadi kemerahan dan mencederakan kulit dari dalam.

❌Kesilapan 3: Scrub muka terlalu kerap atau sering. Scrub selalunya mempunyai tekstur berbiji yg agak kasar. Elakkan menggunakan scrub terlalu kerana boleh menyebabkan kulit menipis, lebih sensitif dan boleh menyebabkn gatal.

❌Kesilapan 4: Membiarkan syampo rambut terkena pd kulit muka. Syampo rambut mengandungi bahan pelembap atau minyak untuk melembutkan rambut. Kalau terkena pd muka, minyak tersebut boleh meresap ke dlm kulit muka dan boleh mnyebabkn jerawat.

❌Kesilapan 5: Biar peluh kering sendiri tanpa dilap. Jangan biarkan peluh kering sendiri di muka tanpa dilap. Sebaiknya lap muka dgn kain yg bersih utk mengelakkan peluh anda kering dan menyerap ke dalam kulit muka anda. Peluh anda mungkin mengandungi kotoran bersamanya.

❌Kesilapan 6: Berkongsi tuala / handuk badan dan handuk muka. Banyak yg buat yg ini kan???? ⛔⛔⛔⛔ Sebaiknya asingkan tuala / handuk badan dan tuala / handuk utk muka . Jika tuala badan anda mempunyai kotoran, sangat mudah ia merebak ke muka anda juga. Lagipun tuala badan kita lebih bnyk melekat kotoran atau kuman berbanding tuala muka.

Best kan baca tips ni ? 🙂  Jom ubah cara jaga muka mulai harini

Leave a Reply

Your email address will not be published.