fbpx
7 Khasiat Air Mawar Untuk Muka Kekal Berseri

7 Khasiat Air Mawar Untuk Muka Kekal Berseri

1. BAIK UNTUK KULIT BERJERAWAT – Khasiat air mawar untuk muka diuji cukup baik untuk menangani masalah kulit berjerawat. Cukup dengan basuhan air mawar pada pagi dan malam hari, ia mampu mengatasi masalah radang pada jerawat anda. Salah satu khasiatnya adalah sebagai antiseptic untuk masalah bakteria yang sangat aktif pada bahagian yang berjerawat tersebut, sehingga pori pori yang awalnya tersumbat boleh kembali bersih.

2. MENYEGARKAN KULIT – Air mawar cukup menyegarkan ketika anda menggunakan pada kulit muka anda. Khasiatnya mampu melembutkan sekaligus menyegarkan kulit muka anda. Bahkan bahagian kemerahan kulit anda juga boleh hilang.

3. MENCERAHKAN KULIT WAJAH – Manfaat lain yang dapat anda peroleh ketika menggunakan air mawar adalah ia mampu mencerahkan kulit anda. Hal ini di pengaruhi kerana khasiat air mawar untuk muka mengandungi vitamin A dan vitamin E yang sangat baik untuk membantu mengelupaskan sel kulit mati. Sehingga ia boleh di ganti dengan kulit baru yang lebih fresh dan lebih cerah.

4. ANTI PENUAAN – Selain itu, kandungan yang sangat baik dari air mawar adalah Rose hip Seeds. Zat ini kaya dengan vitamin C. Bahkan ia mampu menjadi salah satu anti oksidan, sehingga khasiat air mawar ini dapat dirasa sehingga ke bahagian dalam kulit. Ia akan membuatkan kulit anda menjadi lebih anjal. Bukan hanya itu, ia juga mencegah kedutan akibat dari kesan penuaan.

5. MENYEGARKAN MATA – Anda sering berjaga malam? Mata sembab? Yap masalah ini sangat tidak elok untuk kesihatan mata anda. Biasanya anda akan nampak sembab, kurang bertenaga, bahkan di sekitar kawasan bawah mata anda akan menjadi hitam seperti panda. Jangan risau, dengan menggunakan air mawar, ia mampu menyegarkan kembali mata anda sekaligus menyihatkan.

6. BAIK UNTUK KULIT KERING – Manfaat yang di hasilkan oleh air mawar bagi kulit kering adalah sebagai bahan pelembab. Air mawar tersebut memiliki kandungan kaya dengan air yang mampu meresap ke dalam kulit, sehingga sangat baik untuk melembabkan. Gunakan sebagai toner setiap pagi dan malam hari.

7. KETENANGAN – Khasiat air mawar untuk muka secara psikologi memberikan kesan menenangkan. Jika anda dilanda rasa stress akibat pekerjaan anda, atau masih dalam keadaan tegang, cubalah berendam dalam air suam yang di tambahi dengan air mawar. Khasiatnya memberikan rasa tenang dan menyegarkan untuk tubuh anda. Bahkan bagi anda yang memiliki gejala psikologi, seperti stress akibat penyakit jantung akan perlahan lahan di sembuhkan melalui cara ini.

Leave a Reply

Close Menu
×

Cart