fbpx

9 Petua Menghilangkan Sunburn

Selaran matahari, atau lebih dikenali sebagai sunburn, boleh berlaku jika kulit kita terdedah kepada sinaran cahaya matahari di dalam jangkamasa yang lama. Andaikan selepas pulang dari percutian pantai atau pulau-pulau, kebarangkalian untuk mendapat sunburn adalah sangat tinggi. Lebi-lebih lagi jika tidak membuat persediaan awal, main terjah pergi mandi laut.

CARA-CARA MENGHILANGKAN DAN MERAWAT KULIT YANG TERKENA SUNBURN

Kulit manusia mampu untuk pulih sendiri. Sunburn tahap 1 biasanya akan pulih dalam masa 2 – 6 hari. Untuk membantu kulit anda pulih dan mengurangkan rasa tidak selesa, anda boleh menggunakan tip-tip yang berikut:

1. Gunakan losyen yang mengandung lidah buaya (aloe vera). Lidah buaya meringankan rasa perit pada kulit dan membantu tubuh menghasilkan sel kulit yang baru.

2. Gunakan krim hydrocortisone. Ini dapat mengurangkan radang kulit dan rasa gatal-gatal.

3. Gunakan yogurt. Yogurt yang tidak bercampur apa-apa perisa (Plain Yoghurt) membantu melembapkan kulit yang terkena sunburn.

4. Gunakan cuka. Tuangkan cuka putih atau cuka epal ke atas kertas tisu dan lekatkan pada bahagian kulit yang terkena sunburn. Ianya menghilangkan rasa perit.

5. Gunakan teh hitam atau teh hijau. Teh hitam atau teh hijau mengandungi tannins dan komponen lainnya yang yang dapat mengurangkan bengkak pada kulit atau rasa pedih akibat sunburn.

6. Gunakan timun dan kentang. Potongan timun atau kentang dapat menyejukkan kulit dan meredakan rasa sakit, rasa perit, rasa gatal-gatal dan bengkak.

7. Gunakan serbuk penaik (baking soda). Campurkan baking soda dengan cuka, lalu sapukan pada kulit yang terkena sunburn sebelum tidur dan biarkan semalaman.

8. Gunakan oatmeal. Jika bahagian kulit yang terkena sunburn luas, kisar satu mangkuk oatmeal, tuangkan dalam baldi dan gunakannya untuk mandi.
.
9. Zafesha Simply Foundation. Krim 5 dlm 1 yg sgt baik utk perlindungan dari cahaya matahari. Pakai tgh panas pun tak berpeluh sgt.. Dh boleh ucap selamat tinggal pada kulit berbelang❤️

.

Boleh cuba salah satu dari 9 petua ni. Insyallah memang berkesan. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published.