fbpx

[Bhg.1] BAHAN KANDUNGAN ZAFESHA SIMPLY FOUNDATION

Minyak bunga matahari pelembap berkuasa yang menawarkan pelbagai manfaat penting kepada kulit.

Berita tergempar: Bunga Matahari lebih daripada sekadar bunga kuning yang kelihatan hebat dalam jambangan bunga. Bunga matahari ini juga sebenarnya mempunyai banyak kegunaan lain. Bunga yang besar dan cantik ini boleh menghasilkan biji yang sangat tinggi dengan nutrien, dan minyak daripada biji tersebut boleh digunakan dalam rawatan serta penjagaan kulit wajah.

Minyak bunga matahari telah digunakan sebagai komponen produk penjagaan kulit semula jadi selama beratus-ratus tahun di seluruh dunia, dan ia menawarkan pelbagai kebaikan. Bahan ini membantu anda kelihatan lebih muda dan sihat, serta mampu melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar.

Dalam artikel ini, kami akan membincangkan 10 sebab mengapa anda perlu menggunakan minyak bunga matahari, proses penghasilan minyak bunga matahari, cara menggunakan minyak bunga matahari dalam rutin penjagaan kulit anda, jenis kulit yang sesuai untuknya, dan beberapa isu-isu lain yang sering ditanya.

Apa itu Minyak Bunga Matahari??

Tahukah anda minyak bunga matahari sebenarnya kaya dengan asid linoleik iaitu asid lemak yang boleh dijumpai secara semula jadi di dalam sebum kulit kita. Minyak bunga matahari juga mempunyai sifat emolien yang sangat baik kerana kepekatan asid lemaknya yang tinggi, yang mampu menguatkan ‘skin barrier’ serta mengekalkan penghidratan pada kulit. Selain itu, minyak bunga matahari terkenal dengan sifat anti-radang yang mampu merawat kulit bermasalah. Ia boleh didapati dalam pelbagai produk penjagaan kulit, termasuk pembersih, minyak badan dan muka, serum, dan pelembap. Minyak bunga matahari terkenal dengan sifatnya yang sangat cepat meresap ke dalam kulit, langsung memberikan kelembapan yang tinggi pada kulit wajah.

Bagaimanakah minyak bunga matahari dihasilkan?

Pada awalnya biji bunga Helianthus annuus, atau bunga matahari, diproses untuk menghasilkan minyak bunga matahari.

Ia boleh diekstrak melalui penggunaan pelarut kimia, atau ia boleh diesktrak pada suhu yang lebih rendah tanpa menggunakan sebarang bahan kimia.

Anda digalakkan untuk sentiasa mencari minyak bunga matahari organik yang diekstrak terus dari bijinya bagi kegunaan penjagaan kulit.

10 Kebaikan Minyak Bunga Matahari pada Kulit Wajah

Minyak biji bunga matahari diketahui mengandungi keupayaan anti-radang yang membantu untuk melegakan keradangan kulit seperti kemerahan , gatal-gatal, tiny bumps dan masalah jerawat. Hasil kajian juga menyatakan bahawa minyak ini  boleh digunakan sebagai rawatan yang berkesan untuk pelbagai penyakit kulit, termasuk kulit kering dan ekzema.

Minyak bunga matahari kaya dengan vitamin E, antioksidan yang melindungi tubuh. Selain itu, ia mempunyai vitamin A, vitamin C, vitamin K, dan vitamin D, yang kesemuanya merupakan vitamin anti-penuaan yang membantu melawan kesan tekanan alam sekitar yang boleh mempercepatkan proses penuaan.

Minyak bunga matahari, seperti minyak semula jadi kulit, atau sebum pada wajah, merupakan emolien, yang bermaksud ia bertindak sebagai penghidrat yang boleh membantu melicinkan kulit muka. Oleh itu, ia adalah bahan yang sangat sesuai untuk dijadikan pelembap kerana minyak ini akan menggalakkan kulit mengekalkan kelembapan semula jadi.

Minyak pelembab yang lembut ini tidak akan menyumbat liang pori kerana ia bukan komedogenik. Minyak bunga matahari telah terbukti berkesan dalam membersihkan liang pori tersumbat dan mencantikkan semula kulit dengan membuang sel kulit mati dari dalam liang.

Minyak bunga matahari mudah diserap oleh kulit dan mempunyai keupayaan untuk meratakan dan melicinkan wajah. Ia juga mampu mengecilkan liang-liang pori dengan kadar yang cepat.

Dalam sesetengah kes, menggunakan minyak bunga matahari pada kulit yang sensitif atau kering akan membantu mengurangkan kemerahan.

Minyak bunga matahari memberi perlindungan kepada kulit wajah daripada persekitaran, seterusnya membantu kulit anda kekal bersih dan bebas daripada kotoran dan toksin.

Minyak bunga matahari boleh membantu mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan kerana kepekatan antioksidan, anti-penuaan yang tinggi dan keupayaannya untuk menahan kelembapan pada kulit. Selain itu, ia juga boleh membantu melindungi kulit anda daripada bahaya selanjutnya oleh alam sekitar.

Bunga – bungaan yang tumbuh di taman adalah terbaik! Minyak bunga matahari telah digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit selama beribu-ribu tahun, malah ia tidak mengandungi sebarang sebatian atau bahan pencemar yang berbahaya.

Minyak bunga matahari adalah pilihan terbaik untuk orang yang mempunyai kulit sensitif atau mempunyai tanda-tanda penuaan kerana ia sangat lembut pada kulit dan mempunyai ciri-ciri merawat kulit dari dalam.

Cara Menggunakan Minyak Bunga Matahari dalam Rutin Penjagaan Kulit Harian Anda

Minyak yang diekstrak daripada biji bunga matahari sebenarnya sesuai untuk digunakan setiap hari. Contoh tips yang boleh dikongsi untuk cara pemakaian minyak ini, pertama, jika anda menggunakan minyak bunga matahari tulen, anda digalakkan untuk membersihkan muka terlebih dahulu, kemudian baru sapukan minyak  sebelum memakai pelembap. Kedua, bagi mereka yang menggunakan minyak ini untuk merawat masalah kulit seperti ekzema atau dermatitis atopik, mereka digalakkan untuk menggunakannya dengan lebih kerap untuk melihat hasilnya lebih cepat. Jika anda menggunakannya pada waktu malam, itu akan menjadi lapisan terakhir anda.

Jenis kulit apa yang sesuai menggunakan minyak ini ?

Minyak bunga matahari banyak manfaat kepada pelbagai jenis kulit, termasuk kulit kering, kulit sensitif, kulit kombinasi, kulit berminyak dan kulit matang.

Minyak bunga matahari membantu memberikan kelembapan dan membolehkan kulit mengekalkan air.

Minyak bunga matahari memberikan kelembapan lembut, perlindungan dan rasa yang menenangkan.

Minyak bunga matahari membantu memberikan kelembapan dan mengimbangi minyak di kawasan yang memerlukan.

Walaupun kelihatan berlawanan dengan intuisi untuk menggunakan minyak pada kulit berminyak, bunga matahari tidak bersifat komedogenik dan tidak menyumbat liang pori serta membantu mengimbangi minyak semula jadi.

Minyak bunga matahari menambah penghidratan dan meminimumkan garis-garis halus dan kedutan, serta melindungi daripada kerosakan.

Soalan Lazim Tambahan Mengenai Minyak Bunga Matahari dan Penjagaan Kulit

Ya, minyak bunga matahari boleh digunakan sebagai pelembap. Anda hanya perlu titiskan beberapa titis minyak tersebut dan dap-dap pada muka yang telah dibersihkan dan biarkan ia meresap ke dalam kulit wajah.

Ramuan minyak bunga matahari sangat ajaib! Ia boleh melembapkan, membersihkan pori-pori tersumbat, mengurangkan simptom penuaan, dan menyekatakan tona kulit. Minyak bunga matahari juga boleh melindungi kulit anda daripada faktor luaran yang boleh membahayakan kerana ia kaya dengan antioksidan termasuk vitamin E, vitamin A, vitamin C, vitamin K dan vitamin D. Selain itu, ia menenangkan kulit sambil mengurangkan kedutan dan garis halus.

Ya, anda boleh melembapkan muka dengan menggunakan minyak dari bunga matahari ini atau boleh juga dijadikan sebagai pra-pembersihan bagi menanggalkan solekan di wajah. Untuk pra-pembersihan, sapukan minyak ke seluruh muka anda, kemudian lap bersih dengan menggunakan kain lembap. Kemudian, diikuti dengan pencuci muka kegemaran anda.

Tidak, minyak bunga matahari memberi banyak manfaat kepada kulit. Ia boleh membantu melawan tanda-tanda penuaan, melembapkan, meredakan kemerahan dan mempunyai antioksidan yang tinggi.

Produk yang mengandungi minyak bunga matahari dalam Produk Kecantikan

Zafesha Simply Foundation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *