fbpx

[Bhg.1] BAHAN KANDUNGAN ZAFESHA SIMPLY SERUM

NAK MUKA GLOWING? KETAHUI BAGAIMANA ASID HYALURONIK BOLEH MENINGKATKAN RUTIN PENJAGAAN KULIT WAJAH ANDA!

Kini, Asid Hyaluronic adalah salah satu trend kecantikan yang sangat popular dalam setiap produk penjagaan wajah kerana terkenal dengan kebaikan yang ia boleh berikan kepada kulit , namun masih ada segelintir daripada kita yang masih tidak mengetahui tentangnya. Jadi, apa sebenarnya Asid Hyaluronik ini? dan bagaimana ia berfungsi? Ketahui tentang kebaikan bahan yang terkenal ini dan bagaimana ia memberi kebaikan dalam Serum Age Defense Turbo Zafesha Simply kami!

APA ITU ASID HYALURONIK?

Walaupun bunyinya sedikit menakutkan—menggunakan asid di muka kita, bukan sifat asid boleh menyebabkan lecur? Jawapannya semestilah TIDAK. Tahukah anda, asid hyaluronik ialah bahan kimia yang sangat lembut pada kulit muka yang berfungsi untuk mengekalkan kelembapan dalam sel-sel kulit. Ia juga merupakan bahan semulajadi yang terdapat dalam sel-sel kulit anda dan berfungsi seperti span yang menyerap serta mengekalkan kelembapan dari dalam kulit. Hal ini kerana satu molekul Asid Hyaluronik boleh menampung air sebanyak 1,000 kali ganda dari beratnya sendiri, ini bermakna kulit anda akan sentiasa berasa hidrat dan lembap seakan mengandungi segelas besar air di dalamnya. Menarik, bukan?

Oleh itu, dengan meletakkan asid hyaluronik dalam produk kecantikan, kita juga boleh mempercepatkan lagi proses penghidratan dan memberikan lebih tinggi kelembapan kepada kulit kita.

Persoalannya, macam mana kita menambahkan ia dalam produk kecantikan kita? Tahukah anda produk serum kami mengandungi asid hyaluronik yang sememangnya tulen dan berasal dari sumber semulajadi 100%.

APAKAH KELEBIHAN MENGGUNAKAN ASID HYALURONIK PADA KULIT?

Asid hyaluronik terkenal dengan kapasiti luar biasanya yang mengekalkan kelembapan air di dalam kulit serta memberikan penghidratan yang intensif kepada kulit. Oleh itu, dengan menambahkan asid hyaluronik ke dalam rutin penjagaan kulit anda, anda sebenarnya telah membantu dalam proses penghidratan dengan memberikan kulit anda kelembapan yang maksima, sekaligus akan meremajakan kulit wajah anda.

Penghidratan adalah kunci untuk mengurangkan garis-garis halus dan membantu menegangkan tekstur kulit. Asid hyaluronik bukan sahaja menyerap kelembapan yang diletakkan secara fizikal pada kulit anda, tetapi ia juga menyerap kelembapan dari udara sekeliling. Apabila kulit anda mengekalkan kelembapan tambahan, ia akan kelihatan lebih gebu dan lebih tegang. Oleh itu, wajah yang segar dan terhidrat dengan baik akan menutup sebarang tanda keletihan di muka.

Apabila usia semakin meningkat, skin barrier kulit kita semakin lemah. Ini menjadikan kulit kita lebih terdedah kepada pencemaran dan bendasing di sekeliling kita. Namun begitu, kita boleh melambatkan proses ini dengan bantuan asid hyaluronik. Asid hyaluronik sangat terkenal dengan sifatnya yang boleh membantu meningkatkan kelembapan (jumlah air) dalam kulit, seterusnya boleh melambatkan proses penuaan dan menjadikan kulit anda kelihatan lebih muda dari usia.

ASID HYALURONIC: CARA PENGGUNAANNYA

Zafesha Simply Age Defense Turbo Serum kami mengandungi Asid Hyaluronik yang boleh memberikan kelembapan dan hidrasi yang tinggi kepada kulit wajah. Serum ini juga kaya dengan ekstrak Chamomile yang mengandungi antioksidan tinggi di samping membantu mengurangkan masalah hipermigmentasi dan menyamakan tona kulit supaya cerah sekata.

Serum ini mempunyai kelebihan dimana semua jenis kulit boleh menggunakannya. Hal ini kerana tekstur serum ini ringan dan sangat cepat meresap ke dalam kulit untuk memberi penghidratan yang maksimum ke dalam lapisan kulit wajah sekaligus menjadikan kulit lebih anjal, tegang dan awet muda setiap hari.

Produk yang mengandungi hyaluronic acid dalam Produk Kecantikan

Zafesha Simply Serum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *