fbpx

[Bhg.2] BAHAN KANDUNGAN ZAFESHA SIMPLY FOUNDATION

Inilah sebabnya mengapa minyak argan baik untuk kulit anda

Minyak Argan ialah bahan yang tidak asing lagi dalam kalangan kita dan sering digunakan sebagai bahan masakan untuk memberi rasa yang lebih enak disamping berkhasiat. Namun begitu, bahan ini juga kaya dengan sumber antioksidan, asid lemak penting, mineral dan vitamin yang sangat baik untuk tubuh badan kita. Tetapi pernahkah anda terfikir untuk menggunakan buah yang lazat ini sebagai bahan asas penjagaan   kulit muka anda?

Minyak ini dipercayai mempunyai banyak manfaat untuk kulit anda, seperti melembapkan tangan yang kering atau bertindak sebagai pelindung matahari semulajadi. Anda juga boleh sapukan minyak argan ini terus ke kulit anda atau campurkan dengan produk kecantikan lain yang anda gemari. Di samping itu, sifat anti-radangnya membantu merawat kulit dan menghilangkan bintik-bintik hitam di wajah anda. Teruskan membaca untuk memahami lebih lanjut tentang kebaikan minyak argan pada kulit dan cara menggunakannya.

Adakah Minyak Argan Baik Untuk Wajah?

Minyak argan merupakan minyak yang sangat bagus untuk digunakan pada rambut dan kulit muka kerana ia tidak terlalu berat dan juga tidak terlalu ringan. Minyak ini mudah meresap ke dalam kulit anda disamping memberi kelembapan dalam jangka masa yang lama. Anda hanya perlu satu ke dua titik sahaja untuk kegunaan pada kulit wajah dan yang paling best ialah anda tidak perlu menggunakan minyak lain untuk dijadikan sebagai bahan asas sebelum menggunakan minyak ini. Ini bermaksud minyak ini boleh digunakan tanpa perlu campuran dengan minyak lain untuk menjadikan teksturnya lebih mudah disapu pada muka. Anda boleh jimat duit serta jimat masa!. 

Hampir 99% minyak argan terdiri daripada trigliserida (asid oleik dan linoleik), dan baki lagi 1% pula mengandungi vitamin E, karotenoid, sterol dan polifenol dan ia dipercayai memberikan banyak manfaat kepada kulit.

Minyak Argan ini berfungsi untuk menguatkan kulit, mengurangkan keradangan, melembutkan tompok kering serta membantu meningkatkan kesihatan kulit secara menyeluruh. Mari lihat beberapa faedah menggunakan minyak argan untuk kulit.

Apakah Kebaikan Minyak Argan Kepada Kulit ?

Tahukah anda, minyak argan mengandungi vitamin E dan asid lemak lain. Ia ringan dan cepat meresap ke dalam kulit. Ia menghidrat, menyuburkan, dan mengekalkan kulit anda agar sentiasa lembap untuk jangka masa yang lama. Jika anda tinggal di kawasan yang agak panas dan sejuk, pastikan minyak ini sentiasa ada di dalam almari bilik anda. Anda mungkin juga boleh menggantikan pelembap biasa yang sering anda gunakan dengan minyak argan ini. Ia juga sesuai untuk digunakan kepada semua jenis kulit, jadi anda tidak perlu risau!

Kulit kita mula menunjukkan tanda-tanda penuaan dengan munculnya garis-garis halus, kedutan dan cenderung kelihatan lebih kusam daripada kulit sihat. Hal ini sebenarnya berpunca disebabkan, kulit kita tidak mempunyai cukup kelembapan dan penghidratan yang diperlukan, yang seterusnya menyebabkan proses penuaan menjadi lebih cepat daripada umur sepatutnya. Selain itu, Minyak Argan juga dipercayai mampu menjana semula kulit baharu serta meningkatkan kembali keanjalan kulit. Memandangkan minyak argan ini sangat menghidratkan, ia mampu mengunci kelembapan dan menjadikan wajah anda kelihatan gebu, cerah dan lembut!.

Menggunakan minyak pada kulit yang berjerawat (iaitu, kulit berminyak) mungkin kedengaran gila, namun begitu, tahukah anda minyak argan ini sangat special daripada minyak lain kerana ia bertindak sebagai agen penyembuhan! Ia mempunyai ciri-ciri anti-radang yang mampu mengurangkan kemerahan, bengkak dan meredakan jerawat degil di muka. Ia juga mempunyai ciri anti-sebum yang boleh mengurangkan pengeluaran minyak dari dalam kulit.

Ekzema dan dermatitis atopik (AD) adalah dua contoh keadaan kulit yang dikategorikan kepada tompok meradang dan gatal. Selain daripada ubat yang biasa anda jumpa di farmasi, anda juga boleh mencuba menggunakan minyak argan kerana ia juga boleh membantu mengurangkan kemerahan kulit, mengelupas, gatal-gatal, meredakan masalah kulit anda, mengunci kelembapan, dan menguatkan skin barrier kulit anda.

Sinaran matahari boleh menyebabkan sunburn, kerosakan, atau hiperpigmentasi pada kulit dan ia sebenarnya boleh dicegah serta diperbaiki dengan bantuan antioksidan yang terdapat dalam minyak argan! Dalam kebanyakan kes, hiperpigmentasi berlaku disebabkan oleh penghasilan melanin yang tinggi dalam kulit, seterusnya membawa kepada pengumpulan pigmen. Jadi, bagaimanakah minyak argan ini berfungsi? Tahukah anda, Minyak argan mengandungi beberapa komponen berbeza, yang semuanya bekerjasama untuk mengurangkan jumlah melanin yang dihasilkan dalam badan. Apa itu melanin? Baiklah, melanin dihasilkan oleh melacoytes iaitu sejenis sel yang terdapat dalam tubuh badan kita. Semakin lama kita terdedah kepada sinran matahari, semakin banyak melanocytes menghasilkan melanin yang tujuannya berfungsi untuk melindungi sel kulit kita daripada bahaya sinaran matahari supaya kulit kita tidak rosak. Namun, jika penghasilan melanin yang terlalu banyak akan menyebabkan pengumpulan yang akan membuatkan kulit kita mengalami hypermintasi. Kesimpulannya, dengan menggunakan minyak argan kita boleh mengurangkan jumlah melanin ini yang seterusnya merendahkan peratusan kulit kita rosak akibat sinaran matahari (UV).

Soalan Lazim

Tidak, tiada bukti yang menunjukkan bahawa minyak argan akan menggelapkan kulit. Sebaliknya, minyak argan boleh melindungi kulit daripada hiperpigmentasi yang disebabkan oleh radikal bebas dan kerosakan matahari.

Ya, tidak mengapa untuk menggunakan sedikit minyak argan pada kulit setiap hari. Kerana banyak manfaat dari minyak ini yang mampu merawat kuit bermasalah.

Ya, minyak argan tulen boleh membantu mengurangkan bengkak dan lingkaran hitam di bawah mata.

Produk yang mengandungi minyak argan dalam Produk Kecantikan

Zafesha Simply Foundation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *