fbpx

[Bhg.2] BAHAN KANDUNGAN ZAFESHA SIMPLY SERUM

NAK SKIN BERSIH TANPA JERAWAT? KETAHUI APAKAH MANFAAT EKSTRAK CHAMOMILE KEPADA KULIT WAJAH ANDA!

Adakah anda sedang mencari produk yang mengandungi bahan yang boleh menenangkan kulit serta merawat masalah kulit yang lain? Jawapannya semestilah ekstrak Chamomile. Bahan ini merupakan bahan utama yang telah digunakan sejak beribu-ribu tahun dulu untuk tujuan merawat dan menghaluskan kulit wajah.

Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana ekstrak chamomile boleh membantu kulit anda kelihatan lebih licin dan bersih tanpa jerawat dan cara menambahkannya dalam rutin penjagaan kulit wajah anda. Scroll ke bawah untuk terus membaca!

APA ITU EKSTRAK CHAMOMILE?

Chamomile merupakan herba yang sering digunakan untuk melegakan stress, sakit perut serta loya. Ia juga boleh merawat penyakit pedih ulu hati dan membantu menjadikan anda lebih sihat secara menyeluruh.

Chamomile telah digunakan untuk merawat masalah kulit sejak zaman purba lagi. Ia sangat terkenal di kalangan bangsa Yunani, Mesir, dan Rom dan menggunakannya untuk membantu menyembuhkan luka. Mereka menggunakan bahan ini dengan menghancurkan bunga chamomile dan meletakkannya pada luka.

Namun, pada masa itu, tidak banyak lagi kaedah untuk menggunakan chamomile ini, tetapi kini, seiring dengan kemajuan dari segi sains dan teknologi, para saintis mendapati bahawa ia mempunyai banyak manfaat kepada kulit. Kesimpulannya, ia dapat membantu merawat pelbagai masalah kulit selari dengan penggunaannya secara konsisten.

INFO DARIPADA SUMBER YANG DIPERCAYAI

Ekstrak Chamomile boleh digunakan untuk merawat jerawat. Ia berfungsi sebagai anti-radang untuk mengurangkan keradangan pada wajah yang disebabkan oleh jerawat. Anda juga boleh menggabungkannya dengan minyak pati lavender, yang juga membantu menenangkan kulit dan memudarkan parut jerawat. Tetapi anda diingatkan bahawa minyak ini perlu dicampur dengan minyak lain dan digunakan dalam jumlah yang sedikit.

Bunga Chamomile Boleh Memberi Manfaat Kepada Kulit Anda melalui 5 Cara

Bunga Chamomile boleh merawat keradangan yang disebabkan oleh jerawat dan masalah kulit yang lain. Bahan ini juga boleh digunakan untuk merawat sunburn akibat terdedah kepada sinaran matahari (sinar UV) terlalu lama. Kadangkala, terlalu banyak pendedahan UV boleh menyebabkan kerosakan DNA. Oleh itu, dengan menggunakan ekstrak chamomile, anda boleh mengurangkan kerosakan DNA pada kulit wajah.

Oleh kerana sifat anti-radangnya, ekstrak chamomile boleh merawat kulit yang mengalami kemerahan. Selain mengurangkan keradangan, ia juga boleh menyembuhkan kerengsaan pada kulit wajah.

Chamomile mengandungi nutrien flavonoid dan fitokimia, iaitu bahan kimia yang terdapat dalam tumbuhan yang sangat berguna untuk perubatan. Kedua-dua nutrien ini boleh membantu melawan radikal bebas dan mempercepatkan proses penjanaan semula sel. Oleh itu, garis-garis halus, kedutan dan bintik-bintik penuaan pada kulit anda boleh dipudarkan dengan jayanya.

Oleh kerana sifatnya yang anti-radang, maka bunga chamomile ini juga boleh digunakan untuk merawat masalah jerawat pada wajah. Anda boleh menggabungkannya ekstrak chamomile ini dengan minyak pati lavender, yang juga sangat bagus untuk menenangkan kulit dan menghilangkan parut bekas jerawat. Namun begitu minyak ini harus dicampur dengan minyak lain dan digunakan dalam jumlah yang lebih sedikit.

Kajian menunjukkan bahawa bunga chamomile dapat menghentikan pengeluaran prostaglandin iaitu yang menyebabkan keradangan pada kulit wajah. Kerana sifat inilah, chamomile merupakan komponen yang sangat sesuai untuk digunakan oleh orang yang mempunyai kulit yang sensitif. Malah, menggunakan minyak chamomile pada kulit boleh memudarkan bekas-bekas alahan.

Kesan Sampingan & Langkah Berjaga-jaga Semasa Menggunakan Bahan Mengandungi Ekstrak Chamomile

Bunga Chamomile telah digunakan untuk memberi kesan menenangkan dan merawat kulit sejak sekian lama. Walaupun tidak banyak kajian yang dilakukan mengenai penggunaan chamomile untuk kulit wajah, namun, ia dipercayai dapat mengawal pembentukan jerawat dan juga merawat jerawat yang ada pada wajah, menyembuhkan luka, mengurangkan kerengsaan kulit serta kemerahan. Anda boleh menggunakan produk penjagaan kulit yang mengandungi chamomile, atau anda juga boleh membuat face masks chamomile anda sendiri di rumah! Tetapi anda diingatkan untuk melakukan ‘patch test’ sebelum anda menggunakan mana-mana produk baharu untuk melihat sama ada ia sesuai atau tidak dengan jenis kulit anda.

Produk yang mengandungi Ekstrak Chamomile dalam Produk Kecantikan

Zafesha Simply Serum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *