fbpx

BOLEHKAH ANDA MENGGUNAKAN VITAMIN C BERSAMA RETINOL?

Gunakan vitamin c dan retinol dalam satu masa? Boleh ke?

Walaupun anda merupakan seorang penggemar penjagaan kulit yang berpengalaman seperti kami, namun ia tetap sukar untuk mengetahui bahan manakah yang terbaik dan sesuai untuk kulit muka. Namun begitu, vitamin C dan retinol mempunyai kelebihan penjagaan kulit yang tidak boleh dipertikaikan.

Vitamin C yang bertindak sebagai anti-oksidan bagi mencerahkan kulit secara menyeluruh manakala retinol menyamakan warna tona kulit yang tidak sekata adalah dua produk penjagaan kulit yang terkenal dan boleh membantu merawat kulit anda dengan cara yang berbeza. Tetapi, anda mungkin masih tertanya-tanya adakah vitamin C dan retinol boleh digunakan bersama atau tidak ?

Jawapannya adalah Ya!

Dalam artikel ringkas ini, anda akan belajar tentang setiap produk penjagaan kulit dan cara untuk menggunakannya bagi mendapatkan manfaat untuk kulit anda.

Apakah Faedah Vitamin C Kepada Kulit, dan Bagaimana pula dengan Retinol?

Vitamin C dan retinol adalah dua bahan yang boleh meningkatkan penampilan kulit anda dengan ketara dengan menjadikannya kelihatan lebih berseri dan sihat.

Kelebihan Vitamin C

Kepentingan vitamin C kepada tubuh tidak boleh dipandang remeh. Ia merupakan bahan aktif yang boleh dijumpai dalam pelbagai jenis rawatan penjagaan kulit. Namun begitu, Vitamin C merupakan vitamin larut air, maka badan kita tidak boleh menyimpan vitamin ini dalam kuantiti yang berlebihan dalam satu masa, jadi pengambilan yang kerap adalah diperlukan.

Contohnya, anda juga boleh menggunakan produk vitamin C secara topikal pada kulit iaitu disapukan terus ke bahagian badan.

Antara kebaikan Vitamin C adalah ;

Jika anda mempunyai bintik-bintik penuaan, vitamin C boleh membantu mencerahkan kembali bintik-bintik tersebut dengan mengurangkan pengeluaran melanin yang dihasilkan oleh melanocytes. Ini seterusnya menjadikan tona kulit wajah anda cerah dan lebih sekata.

Pendedahan kepada sinaran UV boleh menyebabkan photoaging dan merosakkan kulit anda tetapi mujurlah, vitamin C mengandungi antioksidan yang boleh membantu melindunginya.

Vitamin ini bertanggungjawab untuk keanjalan dan ketegangan kulit. Ia juga dipercayai boleh mengurangkan kedutan dan garis-garis halus pada kulit wajah.

Faedah Retinol

Anda mungkin pernah mendengar tentang Retinol, tetapi anda mungkin tidak tahu apakah sebenarnya fungsi bahan ini. Retinol merupakan sejenis vitamin, sama seperti vitamin C. Tetapi, ia adalah vitamin A larut lemak yang boleh digunakan sebagai serum atau bahan penjagaan kulit lain khusus untuk merawat kulit sensitif atau yang mengalami iritasi. Malah, retinol telah terbukti mempunyai faedah berikut :

Retinol juga menggalakkan pengeluaran kolagen dalam kulit anda. Lebih banyak kolagen menjadikan kulit gebu dan licin serta membantu melambatkan tanda-tanda penuaan berlaku seperti garis-garis halus dan kedutan daripada muncul.

Retinol berfungsi sebagai exfoliator (agen pengelupasan). Hal ini membantu menanggalkan sel-sel kulit mati pada wajah yang menyebabkan kulit kita kelihatan kusam dan tidak cerah sekata. Hasil menggunakan retinol adalah kulit akan lebih licin, bersih, cerah dan berseri.

Dengan menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru, retinol boleh membantu memastikan liang pori anda bersih. Ini membantu dalam menanggalkan kulit kering, kulit berminyak dan sel-sel mati yang akan menyumbat liang pori, serta mengakibatkan kulit normal terdedah kepada kerengsaan dan pertumbuhan jerawat.

Mengapa Vitamin C dan Retinol saling melengkapi antara satu sama lain?

Vitamin C dan retinol bekerjasama untuk menyediakan produk penjagaan kulit anti-penuaan yang kuat. Vitamin C akan membantu mencerahkan bintik-bintik gelap, mensekatakan warna kulit dan melindungi kulit daripada matahari, manakala retinol pula akan memainkan peranan dalam menggalakkan pembentukan kolagen dan mengurangkan garis-garis kedutan pada wajah.

Kesimpulannya, kulit anda akan kelihatan lebih licin dan lebih sekata apabila vitamin C dan retinol digunakan bersama.

Cara Menggunakan Vitamin C dan Retinol

Secara amnya, anda disyorkan untuk menggunakan retinol pada waktu malam dan vitamin C pula pada waktu pagi. Mulakan dengan 1 hingga 2 penggunaan setiap minggu dan lihat bagaimana kulit anda bertindak balas. Jika anda tidak mengalami kerengsaan, anda boleh tingkatkan penggunaan anda kepada beberapa kali seminggu.

Dan… Anda juga boleh menggunakan kedua-dua bahan ini pada masa yang sama. Elakkan daripada menggunakan retinol jika anda bercadang untuk menghabiskan hari anda di luar dan terdedah kepada cahaya matahari. Hal ini kerana retinoid dipercayai tidak stabil di bawah cahaya matahari, bermakna retinol mungkin rosak, menjadikannya kurang berkesan dan seterusnya berpotensi merosakkan kulit muka anda!.

Risiko Menggabungkan Vitamin C dan Retinol

Mulakan dengan penggunaan yang sedikit sahaja, kemudian secara beransur-ansur beralih kepada jumlah yang lebih besar. Hal ini bertujuan untuk memberi masa kepada kulit anda untuk membiasakan dengan rutin penjagaan kulit baharu anda. Selain itu, berhati-hati jika muncul tanda yang bermaksud bahawa kedua-dua bahan ini telah merengsa kulit anda:

Tips : Apabila menggunakan retinol sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit muka anda, anda perlu menggunakan pelindung matahari setiap hari kerana retinol ini boleh menjadikan kulit anda lebih sensitif kepada matahari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *