fbpx

BOLEHKAH NIACINAMIDE DIGUNAKAN UNTUK MERAWAT JERAWAT?

GUNA NIACINAMIDE PADA JERAWAT? SERIOUS LAH BOLEH?

Seperti kebanyakan wanita diluar sana, kemungkinan anda juga merupakan salah seorang yang sentiasa mencari idea dan cara untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit wajah. Untuk kulit yang cerah dan berseri, adalah penting untuk anda menjaga pemakanan dengan makan makanan yang sihat, menjaga emosi untuk mengurangkan stress, menggunakan produk atau bahan penjagaan kulit wajah yang sesuai serta bagus untuk jenis kulit dan masalah kulit anda.

Jika anda mempunyai kulit yang berminyak atau berjerawat, bahan penting dalam fokus anda untuk menangani masalah kulit yang berjerawat, ialah melalui pengambilan vitamin tertentu yang betul, seperti vitamin B3 yang juga dikenali sebagai Niacinamide.

Vitamin B3 atau niacinamide, membantu badan anda menukarkan makanan yang anda makan kepada tenaga dengan cara menyerap lemak dan kandungan protein dalam badan. Ini seterusnya membantu untuk mengekalkan kulit dan rambut sentiasa cantik dan sihat. Terdapat juga bukti yang menyatakan bahawa niacinamide boleh membantu mengurangkan pembentukan jerawat.

Ingin tahu bagaimana ia bertindak? Teruskan membaca!

Apakah sebenarnya Niacinamide ini?

Niacinamide ialah sejenis vitamin B3 yang larut dalam air yang juga boleh diambil melalui pemakanan harian seperti :

Makanan yang mengangungi Vitamin B3 / Niacinamide

Selain daripada makan makanan berkhasiat serta penuh dengan vitamin B3 ini, anda juga boleh menggunakan produk yang mengandungi niacinamide pada kulit anda.

Walaupun menggunakan niacinamide pada kulit anda tidak akan memberi anda manfaat kesihatan yang sama seperti memakannya, ia juga tidak kurang dapat membantu kulit anda kekal sihat dengan caranya sendiri.

Apakah faedah penggunaan niacinamide kepada kulit anda?

Kelebihan Niacinamide

Produk penjagaan kulit yang berasaskan niacinamide telah menjadi sangat popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Antara kebaikan niacinamide kepada kulit anda ialah :

Niacinamide ini membantu menstabilkan fungsi penghalang kulit (Skin barier) anda disamping itu memberi penghidratan atau kelembapan kepada wajah sekaligus menjadikannya kelihatan lembut dan licin.

Niacinamide membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah dengan mengekalkan kelembapan dan merangsang pembaikan sel-sel kulit dari dalam.

Niacinamide membantu mengawal enzim yang menghasilkan pigmen, atau melanin, dan sekaligus meratakan warna kulit wajah anda.

Niacinamide membantu mengawal jumlah pengeluaran minyak yang dihasilkan oleh kulit dengan mengimbangi jumlah air dalam kulit. Demikian bertujuan untuk menghalang kulit wajah daripada menghasilkan terlalu banyak minyak, yang boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat.

Niacinamide membantu meredakan keradangan yang disebabkan oleh masalah kulit dengan mengurangkan kesan kemerahan pada wajah.

Jika anda mempunyai jerawat, berapa banyakkah niacinamide yang anda perlukan?

Di kalangan pakar penjagaan kulit, tidak ada persetujuan bersama mengenai jumlah tepat penggunaan niacinamide yang disarankan untuk mengurangkan pengeluaran minyak dan kemerahan pada kulit wajah yang berpunca daripada radang jerawat.

Namun begitu, hasil kajian menunjukkan bahawa niacinamide berfungsi untuk merawat masalah kulit lain dengan menggunakan kaedah topikal (penggunaan langsung kepada kulit) dengan penggunaan dos 2% hingga 5%.

Adakah Niacinamide mempunyai sebarang kesan sampingan?

Kebiasaannya, penggunaan niacinamide hanya mempunyai kesan sampingan yang ringan. Contohnya:

Namun begitu, kesemua kesan sampingan tersebut akan hilang setelah kulit wajah anda telah biasa dengan bahan ini. Jika ia tidak hilang, anda dinasihatkan untuk berjumpa dan rujuk kepada pakar dermatologi. Selain itu, anda juga boleh ikhtiar untuk mengurangkan jumlah produk yang anda gunakan atau mencuba produk lain untuk memastikan kulit anda sihat dan bersih.

Namun begitu, hasil kajian menunjukkan bahawa niacinamide berfungsi untuk merawat masalah kulit lain dengan menggunakan kaedah topikal (penggunaan langsung kepada kulit) dengan penggunaan dos 2% hingga 5%.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *