fbpx
6 Cara Atasi Kulit Kering Supaya Tak Cepat Berkedut

6 Cara Atasi Kulit Kering Supaya Tak Cepat Berkedut

6 CARA ATASI KULIT KERING SUPAYA TAK CEPAT BERKEDUT

Walaupun faktor penuaan tidak dapat disangkal, namun anda sebenarnya boleh mengambil langkah untuk mengawal atau memperlahankannya.
Berikut adalah 7 cara atasi kulit kering yang boleh diamalkan.

1. SAPUKAN KRIM PELEMBAP

Antara cara atasi kulit kering paling mudah adalah dengan menyapu pelembap. Untuk pemilihan pelembap, adalah disarankan untuk memilih pelembap yang berasaskan susu. Dengan menyapu pelembap pada kulit kering, anda dapat lihat perubahan pada kulit dalam masa yang singkat.

2. SKRUB MUKA
Pada kulit kering dapat dirasa tekstur yang kasar. Biasanya kulit ini menjadi kasar kerana terdapat lapisan kulit mati yang tidak dapat disingkirkan. Disebabkan hal ini, anda perlu memakai skrub sekali setiap minggu. Gosokkan pada kulit selama lebih kurang 10-15 minit, kemudian bilas dengan air.
Tetapi, adalah perlu diingati bahawa menskrub lebih dari sekali seminggu akan menyebabkan kekeringan pada kulit menjadi lebih teruk.
Justeru itu, perlulah dikawal dengan menyapu pelembap untuk mengekalkan kelembapan pada kulit. Selain itu, elakkan menggosok dengan kuat kerana kulit boleh tercedera dan menimbulkan masalah lain seperti iritasi dan kerengsaan.

3. PILIH PRODUK YANG SESUAI

Produk kosmetik dan penjagaan kulit harian seperti sabun dan pencuci muka mengandungi bahan kimia yang bertindak sebagai bahan aktif menyingkirkan minyak yang berlebihan dari kulit.
Tetapi, jika anda mempunyai jenis kulit yang kering, anda perlulah menghindari produk ini kerana ia akan mengakibatkan kekeringan kulit yang lebih teruk.
Jadi, anda perlu teliti dalam pemilihan produk penjagaan kulit dan perlulah memilih produk yang mempunyai fungsi melembapkan kulit.

4. MENGATASI TEKANAN
Selain dari faktor luaran yang disebutkan di atas, masalah kulit kering ini juga boleh berpunca dari tekanan dalam diri.
Jadi, untuk menampakkan kulit yang sentiasa sihat, anda perlulah melakukan senaman ringan untuk mengurangkan stres. Anda juga mungkin boleh mengamalkan aktiviti yoga mahupun bermeditasi.

5. BANYAK MAKAN BUAH DAN SAYUR

Untuk memiliki kulit yang sentiasa sihat dan lembap, penjagaan pengambilan makanan adalah amat penting.
Makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai nutrisi dan bahan aktif yang boleh membantu merawat kulit kering dari dalam. Pilihlah sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin A, E dan C.

6. BANYAK MINUM AIR KOSONG


Bukan orang diet saja perlu banyak minum air kosong. Setiap orang perlulah mengamalkan pengambilan air yang cukup untuk sistem badan.
Amalkan meminum 8 gelas sehari supaya dapat menyingkirkan segala kekotoran dan memenuhi keperluan kulit anda.

TAK SUSAH PUN!
Apabila air cukup dalam sistem badan, ditambah lagi dengan sapuan krim lembapan pada kulit, kulit anda akan menjadi halus dan lembut seterusnya keyakinan diri anda akan meningkat.
Tak susah sebenarnya nak amalkan cara atasi kulit kering di atas.
Mulakanlah sejak awal remaja supaya kulit kekal cantik dan ‘flawless’!

Leave a Reply

Close Menu
×

Cart