fbpx

Cara Menjaga Kulit Muka Kering

Elakkan penggunaan sabun muka yang sembarangan kerana sabun muka boleh mengurangkan kadar normal pengeluaran minyak. Seeloknya guna sabun muka yang mengandungi minyak zaitun atau gliserol.

Bagi mereka yang mempunyai kulit seperti ini,tidak digalakkan mencuci muka menggunakan air suam. Air biasa pun dah cukup.

Sekiranya kulit muka mengalami kekeringan yang serius, digalakkan menggunakan pembersih muka yang khusus untuk kulit muka kering. Pilih yang mengandungi susu untuk lebih efektif.


Penggunaan masker amatlah digalakkan bagi mereka berkulit kering kerana masker muka berupaya melembabkan kulit muka kita. Saya suka bahagian masker sebab rasa tenang dan hilang stress.

Minum air masak yang banyak. Yang ni memang mujarab yang amat. Amat perlu diamalkan walaupun bukan kulit kering.

Semoga tips ni bermanfaat ❤

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *