fbpx

Kelebihan Daun Lidah Buaya dalam Kosmetik

Kelebihan Daun Lidah Buaya dalam Kosmetik

Aloe Vera ataupun lebih dikenali dengan nama lidah buaya adalah salah satu tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat yang membolehkan anda menggunakannya untuk pelbagai masalah terutamanya di bahagian wajah. Ia mempunyai vitamin – vitamin semulajadi seperti vitamin A dan juga vitamin E yang membolehkan ia merawat wajah anda sekiranya anda mempunyai parut yang degil. Vitamin E juga membantu untuk melindungi wajah anda daripada sinaran UV yang merbahaya dan membolehkan kulit anda menjadi lebih cerah.


Cara-cara memanfaatkan daun lidah buaya senang saja. Gunakan dengan mematahkan aloe vera dan ambil lendirnya yang tidak berwarna (transparent)

1. Lendir Lidah Buaya boleh dijadikan sebagai masker.
Gel aloe vera dapat membantu menjadikan wajah lebih lembut dan berupaya untuk merawat wajah anda. Jadikan Masker wajah seminggu sekali gunakan sebelum tidur.

2. Lidah buaya juga boleh dijadikan sebagai masker rambut.
Vitamin A, C dan E dapat membantu pertumbuhan rambut yang lebih sihat dan berkilau, serta memperbaiki kerosakan rambut akibat pancaran sinar matahari.

3. Lidah buaya juga dapat mengubati luka dan parut.
Lidah buaya terkenal dengan daun yang memiliki banyak kandungan vitamin yang berguna untuk mengubati luka serta parut. Anda juga boleh dapatkan gel lidah buaya di farmasi berdekatan.

 

sekian tips kali ini 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *