fbpx
Kenapa Kulit Selalu Kering?!

Kenapa Kulit Selalu Kering?!

Assalamualaikum akak semoga hari nie akak dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan urusan☺.
.
Jom saya share sikit ngn akak sebab apa kulit selalu kering??

1.Dehidrasi

Dehidrasi atau kekurangan air adalah antara penyebab kulit menjadi kering. Sebahagian besar dari tubuh badan kita terdiri dari air. Oleh itu air adalah sangat penting bagi memastikan keadaan kulit tidak kering dan sentiasa segar. Bila badan kekurangan air, kulit kita akan mengalami penurunan kelembapan serta kita akan mudah untuk sakit kepala kerana peredaran darah tidak berjalan dengan baik.

2. Cuaca

Kelembapan kulit juga dipengaruhi oleh faktor cuaca. Kulit akan menjadi kering jika cuaca terlalu sejuk atau terlalu panas. Cuaca yang terlalu panas juga kan menyebabkan seseorang mengalami strok haba kerana air yang tidak mencukupi didalam badan. Terlalu banyak peluh yang keluar dari badan juga akan menyebabkan kulit menjadi kering. Kerana itu pentingnya minum air yang banyak agar badan kekal terhidrasi di samping menggunakan set penjagaan muka yang mempunyai ciri melembabkan kulit.

3. Kurang Pengambilan Makanan Sihat

Cara semulajadi untuk mempercantikan kulit adalah dengan pengambilan makanan yang baik . Didalam makanan yang baik terdapat ribuan fitokemikal, serat dan vitamin yang bekerjasama untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Kurang pengambilan makanan ini akan menyebabkan kulit menjadi kusam dan kering.

4. Udara Kering

Udara kering adalah antara penyebab kulit kering, lebih-lebih lagi di kawasan yang sejuk atau berpenghawa dingin. Di Malaysia kerana cuacanya adalah panas dan lembab, maka kebanyakan syarikat atau perumahan akan mempunyai penghawa dingin. Kekerapan berada didalam bilik yang berpenghawa dingin akan menyebabkan ia menyerap keluar kelembapan dari kulit. Apabila terlampau sejuk, anda akan terasa kulit anda kering dan kelihatan garisan putih apabila menggaru. Ia adalah petanda kulit mengering.

Leave a Reply

Close Menu
×

Cart