fbpx

Kesilapan Dalam Menjaga yg Kerap Dilakukan Tanpa Sedar‼

1. Guna produk yang hasilkan banyak sabun & buih. Salah ni!
Pencuci muka dengan buih dan sabun

Korang mesti rasa produk yang hasilkan banyak sabun dan buih boleh bersihkan kulit wajah dengan lebih mendalam. Tapi korang tau tak, sebenarnya produk penjagaan wajah yang menghasilkan banyak buih dan sabun ni akan buat kulit muka korang lagi kering!

Kulit muka kita ni lain-lain tau! Tak semua sesuai pakai yang banyak buih. Nak-nak korang yang berkulit kering tu. Pakailah produk penjagaan wajah yang bebas sabun dan buih. Korang boleh cari produk macam ni kat pasar raya atau farmasi yang berhampiran. Ada banyak pilihan!

2. Guna tuala yang sama untuk lap muka & keringkan anggota badan lain.
Tuala yang berlainan untuk anggota badan, rambut dan muka

Hmm..Yang ni admin pun buat jugak wey! Malas dan penat jugak nak ada tuala lain-lain untuk lap rambut, muka dan badan. Tapi, demi kulit wajah yang cantik dan mulus korang kena amalkan guna tuala yang berbeza.

Sebabnya, kuman akan lagi cepat merebak kalau korang guna tuala sama untuk lap badan dan muka Lagi-lagi kalau korang ada masalah kulit wajah yang sensitif dan berjerawat. So, lepas ni elakkan okay!

Tak jaga pemakanan. Main makan je!
Pemakanan sihat untuk cantik

Nak jadi cantik dan ada kulit wajah yang sihat semuanya bermula daripada dalam ye. Korang kenalah jaga pemakanan! Banyakkan makan sayuran hijau dan buah-buahan seperti buah jambu, betik dan pisang.

Kerap tukar-tukar produk penjagaan wajah
Sering bertukar-tukar produk penjagaan wajah

Haa..Min tau ni mesti ramai buat kan? Bila guna produk tapi tak nampak sebarang perubahan korang terus tukar produk lain. Salah ni! Bila korang guna produk baru, korang kena tunggu at least 2 minggu ke sebulan untuk tengok perubahan kat wajah korang.

Kalau pakai 3 hari je terus cantik, mungkin produk yang korang pakai tu ada kandungan yang meragukan. Kalau lama-lama pakai kulit wajah korang boleh jadi nipis dan mudah breakout. Takutnya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *