fbpx

KURANGKAN PARUT BEKAS JERAWAT DI WAJAH DENGAN RAWATAN JERAWAT TERBAIK

Ada Ke Rawatan Jerawat Yang Berkesan dan Mampu Mengurangkan Parut?

Parut jerawat memang tidak asing dari masalah setiap wanita dan tidak dinafikan sangat sukar untuk hilang walaupun jerawat tersebut sudah lama kecut.

Tidak kira betapa teruknya bekas parut jerawat yang anda ada, sama ada sekadar bintik-bintik hitam kecil atau parut yang mempunyai lubang yang dalam, anda tidaklah bersendirian. Tahukah anda, bahawa kini sudah ada rawatan serta produk-produk kecantikan yang mampu merawat jerawat, serta jika kita menggunakan dengan cara yang betul, ia tidak akan meninggalkan kesan parut hitam yang sering ditakuti oleh semua golongan disamping boleh membersihkan liang-liang pori daripada tersumbat serta menyebabkan kepada pertumbuhan jerawat baru.

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan tentang bagaimana parut jerawat boleh terjadi serta lima rawatan yang boleh membantu mengurangkan kesan parut bekas jerawat di muka.

Parut dari jerawat: Jenis dan Pembentukan

Parut jerawat berlaku apabila sel tisu kulit anda mengalami kerosakan dan meradang. Akibat tindak balas kepada kerengsaan, badan anda akan merawat cela melalui pengeluaran kolagen. Walau bagaimanapun, kadangkala badan boleh menghasilkan terlalu banyak atau terlalu sedikit kolagen, yang seterusnya akan mengakibatkan timbulnya parut yang berwarna gelap.

Pelbagai bentuk parut jerawat yang berbeza mungkin timbul, antaranya:

Jerawat merupakan suatu masalah keradangan yang boleh menyebabkan hiperpigmentasi di kawasan yang berjerawat malah pigmentasi ini akan berterusan walaupun jerawat tersebut telah sembuh.

Tompok hitam/hiperpigmentasi

Jika kulit anda tidak menghasilkan kolagen yang mencukupi apabila jerawat anda sembuh, anda mungkin mengalami parut atropik iaitu parut jerawat yang mempunyai lekukan kecil atau besar pada kulit wajah. Sesetengah mungkin menyerupai parut seperti chicken pox, manakala yang lain adalah lubang/lekuk lebih kecil dan merebak ke seluruh kulit.

Parut Atropik

Dalam sesetengah keadaan, badan anda boleh menghasilkan jumlah kolagen yang berlebihan semasa jerawat anda sembuh. Kolagen berlebihan terkumpul di bawah kulit, menyebabkan benjolan timbul.

Parut Hipertropik

5 cara untuk merawat jerawat sekaligus mengurangkan kesan parut

Kaedah untuk merawat jerawat adalah sangat penting dan perlu dititikberatkan kerana masih ada dikalangan kita yang tidak tahu dan mengambil jalan mudah dengan hanya memicit jerawat tersebut dan ini sekaligus menyebabkan munculnya parut-parut bekas jerawat yang sangat sukar untuk hilang serta mengambil masa yang agak lama untuk pudar. Hal ini seterusnya membawa kepada kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang luar serta boleh membawa kepada penyakit ‘anxiety’. Maka, berikut adalah lima cara yang boleh anda lakukan di rumah untuk merawat jerawat serta boleh membantu mengurangkan warna gelap parut dari bekas jerawat.

AHA boleh menanggalkan sel-sel kulit mati untuk memastikan liang pori bersih. Ia juga merupakan exfoliant yang baik untuk semua jenis kulit, yang bermaksud penggunaan secara kerap boleh membantu menjadikan parut anda kurang ketara.

Asid salisilik memang tidak asing kepada kita dan sering digunakan untuk merawat jerawat. Bahan kimia yang bagus ini tidak kurang hebatnya dalam membantu mengurangkan bekas parut pada kulit berjerawat serta menanggalkan sel kulit mati dan menjadikan kulit wajah lebih licin, dan tona kulit lebih sekata.

Rawatan jerawat topikal ini tidak begitu dikenali seperti yang rawatan aktif lain, tetapi ia juga boleh membantu mengurangkan bekas parut yang disebabkan oleh jerawat disamping berpotensi untuk mengurangkan kesan hiperpigmentasi dan memberikan kulit anda tona yang lebih sekata.

Benzoyl peroxide tidak dianggap mempunyai kesan langsung untuk menghilangkan bekas parut jerawat. Namun, ia boleh membantu mengelakkan jerawat daripada tumbuh, terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif dan mengeluarkan minyak berlebihan. Jerawat yang terkawal berkemungkinan akan kurang meninggalkan parut degil yang sukar hilang.

Jerawat boleh dirawat secara berkesan dengan menggunakan retinol tapi penggunaannya perlulah melalui preskripsi doktor. Mereka yang mempunyai parut akibat jerawat ringan atau teruk juga boleh mendapat manfaat daripada penggunaan produk ini. Ia juga membantu agar parut yang disebabkan oleh jerawat menjadi kurang ketara dari semasa ke semasa, selain mengurangkan kemerahan dan menyekatakan tona kulit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *