fbpx

Petua Hilangkan Blackhead & Whitehead Dengan Bahan Semulajadi

Petua hilangkan blackhead, whitehead, serta masalah pori anda boleh diatasi hanya dengan menggunakan 4 bahan ini di rumah

1. AIS

Meningkatkan simulasi pengaliran darah pada kulit seterusnya membina kulit yang lebih sihat.

Caranya: Balut kiub ais dalam kain dan tekap pada bahagian yang bermasalah selama 30 saat. Lakukan sekerap yang mungkin. Jika tidak sempat, cuci muka dengan air berais sekali sehari. Untuk lebih efektif, gantikan air dengan jus timun, jus epal ataupun teh hijau dan bekukan.

2. CUKA EPAL

Menegangkan kulit, mengurangkan pores dan mengembalikan kestabilan pH kulit muka.

Caranya: Campurkan cuka ke dalam air. Dengan mengguna kapas, celup dan sapukan pada kulit muka. Biarkan kering dan bilas. Sebaiknya lakukan setiap malam selepas mencuci muka.

3. PUTIH TELUR

Mengecutkan liang yang terbuka dan menghilangkan minyak berlebihan di muka.

Caranya: Pukul putih telur dan sapu pada muka. Biarkan kering baru dibilas. Untuk kesan yang efektif, selepas sapu putih telur di muka, lindunginya dengan meletakkan tisu di atasnya. Tarik tisu apabila putih telur betul-betul kering. Lakukan dua kali seminggu

4. JUS LEMON

Mengurangkan bukaan pori dan blackhead serta mencerahkan wajah.

Caranya: Campurkan satu sudu madu ke dalam jus lemon. Sapu pada muka dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas. Lakukan setiap hari selama sebulan dan hasilnya pasti menakjubkan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *