fbpx
Scrub Limau Nipis untuk Kecantikan kulit

Scrub Limau Nipis untuk Kecantikan kulit

Walaupun kita di zaman moden ni semua nya serba ada dan mudah. Tapi janganla lupakan petua tradisonal untuk kecantikan. Memang mujarab tau…cuma perlukan sedikit kerajinan. Siiikiiitt jew..jangan risau erk..saya pun bukan rajin sangat tapi disebabkan petua ni memang petik jari jew….hihihiii

Caranya macam ni….amik sebiji limau nipis atau limau purut (kalau boleh cari yang banyak air. Pilih limau yang lembut bila kita picit) potong dua dan lumurkan ke seluruh badan, muka, celah ketiak, leher, peha, tumit kaki…ish semua la…hehee pastu? Haaa dah siap. Senangkan..tu la dah kata senang je.

Meh kita lihat apa khasiat limau untuk kecantikan.
Limau Nipis: Limau nipis sarat dengan vitamin C yang bertindak sebagai anti oksida dan berperanan meneutralkan radikal bebas berikutan pencemaran bahan kimia yang berbahaya pada kulit. Tumbuhan ini juga berupaya menyingkirkan toksin, mengurangkan kedutan dan garis-garis halus selain bertindak menghalus dan meningkatkan kecerahan kulit.
.
Menghilangkan Jerawat:

Campurkan satu sudu besar air perahan limau nipis dengan satu sudu madu dan gaulkan sehingga rata. Kemudian, sapukan campuran yang telah digaulkan tadi pada wajah selama 30 minit atau biarkannya sehingga kering. Setelah kering, bersihkan wajah dengan air sejuk.

Menghilangkan Bintik Hitam:

Potongkan limau nipis menjadi dua bahagian dan gosokkan pada wajah secara lembut dan perlahan-lahan. Biarkan ia kering terlebih dahulu sebelum membasuh muka dengan air suam. Selepas itu, bilaskan pula wajah dengan air sejuk. Pastikan limau nipis tersebut tidak disapu pada bahagian kulit yang luka akibat jerawat kerana ia boleh menimbulkan rasa pedih.
.

Mengecilkan pori-pori:

Potong limau secara nipis dan sapukan pada sekitar hidung dan pipi serta bahagian-bahagian yang berpori besar. Menghalus dan mencerahkan kulit Potong limau secara nipis dan sapukan pada bahagian kulit yang gelap dan kusam. Kulit pasti akan kelihatan lebih cerah dan halus jika diamalkan setiap hari.

Leave a Reply

Close Menu
×

Cart