fbpx

Tips Memilih Moisturizer Yang Sesuai Untuk Kulit

Tips Memilih Moisturizer Yang Sesuai Untuk Kulit

Adakah anda menggunakan moisturizer atau pelembap pada wajah setiap kali ingin memulakan solekan? Kalau ya, adakah anda memilih moisturizer yang sesuai dengan jenis kulit?
Kalau anda nak tahu, moisturizer yang tidak sesuai dengan jenis kulit boleh menyebabkan wajah menjadi breakout ataupun wajah akan nampak lebih berminyak. Sangat penting untuk anda ketahui jenis kulit anda terlebih dahulu barulah memilih untuk menggunakan jenis moisturizer yang sesuai.
Jadi, penulis nak kongsikan cara untuk memilih jenis moisturizer bersesuaian dengan jenis kulit wajah. Sebelum itu, anda perlu tahu bahawa terdapat 3 jenis tekstur moisturizer iaitu krim, gel, losyen.

Jika kulit anda jenis kering dan menegang, anda perlu menggunakan moisturizer jenis krim. Ini kerana, jenis ini mengandungi 50% minyak dan 50% air dan ia sangat berfungsi untuk memulihkan kulit wajah yang kering serta berpigmentasi.
Tapi, anda perlu tahu juga bahawa moisturizer jenis krim ini akan menghalang kemasukan udara ke dalam kulit wajah sekaligus menyukarkan penyerapan nutrisi ke dalam kulit. Sebaiknya, guna moisturizer jenis ini dengan sapuan yang nipis dan tidak berlebihan.

2) Bagi anda yang memiliki jenis kulit berminyak atau kombinasi (kering dan berminyak), pelembap jenis gel adalah pilihan yang terbaik. Ini kerana, formula gel mengandungi kadar lembapan air bebas minyak. Moisturizer jenis gel ini biasanya menyalurkan kadar lembapan yang mencukupi untuk kulit dan ia akan memperbaiki keadaan kulit yang kendur.
Selain itu, bagi anda yang mengalami masalah jerawat, anda juga dinasihatkan untuk menggunakan moisturizer jenis gel kerana jenis krim dan losyen boleh menyebabkan pori-pori tersumbat sekaligus tumbuhnya lebih banyak jerawat.

3) Sekiranya, kulit wajah tersangat kering dan menggelupas yang membuatkan anda berasa perit serta pedih gunalah moisturizer jenis losyen. Ini kerana, jenis losyen mengandungi kadar lembapan yang lebih tinggi berbanding gel dan mampu menyerap lebih seimbang ke dalam kulit.
Formulasi losyen juga kaya dengan nutrisi lain yang mampu membantu kekeringan kulit untuk pulih lebih cepat serta melembapkan kulit. Sangat bagus menggunakan moisturizer jenis ini ketika berada dalam iklim sejuk!
Jadi, jika anda tersalah menggunakan moisturizer, bertukarlah sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published.