fbpx
Tips Penjagaan Kulit Wajah yg Semua Wajib Tahu

Tips Penjagaan Kulit Wajah yg Semua Wajib Tahu

✅ Tips penjagaan kulit wajah yang semua wajib tahu

Setiap wanita mengidamkan wajah yang cantik, bersih, cerah, flawless, berseri tanpa sebarang cela. Namun tak semua mampu untuk membeli produk kecantikan yang mahal seperti artis-artis dan selebriti.
Yang sebenarnya, nak cantik tak semestinya kena pakai produk yang mahal. Resepinya ialah kerajinan. Anda amalkan tips penjagaan muka yang akan kami kongsikan, dalam masa 14 hari anda pasti nampak perbezaannya.

 

1) Cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari

Mencuci muka adalah wajib sekiranya anda inginkan kulit muka yang cantik. Walau pun dihujung minggu anda cuma melepak di rumah, malas nak mandi dari pagi bawa ke malam, pastikan anda tetap mencuci muka. Mencuci muka yang kami maksudkan ialah mencuci dengan bersih menggunakan sabun pencuci muka. Bukannya cuci muka ala kadar, sekadar basuh dengan air macam P. Ramlee.

2) Cuci muka dengan air suam, diikuti air sejuk

Untuk mendapatkan kulit  yang cantik, basuh muka dengan air suam. Tujuannya untuk membuka pori-pori supaya kotoran yang melakat di dalam liang pori dapat dibersihkan semasa kita mencuci muka. Selepas selesai mencuci muka, semua buih dari pencuci muka sudah dibersihkan, bilas dengan air sejuk.
Tujuan membilas dengan air sejuk ialah untuk menutup semula pori-pori yang terbuka.

3) Penyegar atau toner

Selepas anda mencuci muka dengan bersih, dan dibilas dengan air sejuk, keringkan wajah dan jangan lupa untuk memakai toner atau penyegar. Fungsi utama toner ialah untuk menutup liang pori yang masih terbuka. Kenapa penting untuk kita pastikan liang pori tidak terbuka?
Liang pori yang terbuka akan menjadi perangkap habuk, debu, minyak, dan semua kotoran yang berada di udara. Segala jenis bendasing yang terperangkap dalam liang pori akan menyebabkan masalah kulit seperti blackhead, whitehead, dan jerawat.
Selain menutup liang pori, toner juga berfungsi untuk menghilangkan saki-baki kotoran yang masih tertinggal diwajah, terutamnya jika anda jenis wanita yang bermakeup.
Sekarang  anda dah faham betapa pentingnya toner dalam rutin kecantikan harian untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri.

4) Pelembab

Pelembab adalah sangat penting jika anda inginkan wajah yang cantik, berseri, dan awet muda. Tahukah anda? Kulit yang kering akan berkedut lebih awal berbanding kulit yang lembab dan disapukan dengan pelembab secara konsisten setiap hari.
Ramai yang beranggapan bahawa kita tak perlu memakai pelembab jika tidak keluar outdoor. Ianya salah sama sekali. Anda wajib memakai pelembab sekali pun anda duduk di dalam bangunan, terutamanya jika anda duduk didalam penyaman udara. Penyaman udara menyedut lembapan dari kulit dan menyebabkan kulit menjadi sangat kering tanpa kita sedari.

5) Elakkan produk yang mengandungi bahan kimia merbahaya

Terdapat lambakan produk kecantikan di pasaran. Jenama produk penjagaan kulit bertambah setiap hari bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Apa pun jenama pilihan anda, pastikan iaanya selamat dari bahan kimia merbahaya dan bahan pengawet merbahaya.
Tiada gunanya kalau kulit anda flawless dalam masa 3 hari, tapi akibatnya kulit muka anda rosak apabila berhenti menggunakan produk tersebut. Lagi parah kalau organ dalaman anda rosak atau kandungan anda gugur disebabkan bahan kimia beracun yang anda sapu ke wajah.

 

 

Paling Senang calit je Zafesha Foundation, dgn tiga calit je dh boleh dapat kulit flawless dah.. mcm mana nak dpt Zafesha ni? cari je balik seller yg akk dh penah bagi nombor haritu. skrg tgh offer tau 🙂

Leave a Reply

Close Menu
×

Cart