fbpx

Tukar Kepada 4 Rutin Ni Untuk Capai Kulit Sihat & Cantik!

Tiada masa untuk melakukan rawatan kulit di pusat pakar kecantikan? Anda masih boleh memanjakan kulit anda dengan penjagaan kulit yang mudah. Kulit dan gaya hidup yang sihat boleh melambatkan proses penuaan kulit dan sekaligus mengelakkan dari masalah kulit. Ketahui tip mudah ini untuk menjaga kulit agar kekal cantik dan muda.

1) Lindungi kulit dari sinaran matahari

Kulit yang terdedah pada sinaran matahari berisiko untuk mendapat kedutan pada kulit, bintik hitam tanda penuaan dan banyak lagi masalah lain. Bahkan boleh meningkatkan risiko kanser kulit. Jadi, sebelum anda keluar dari rumah pastikan anda memakai krim pelindung dari sinaran UV matahari dengan sekurang-kurangnya SPF15. Elakkan dari terdedah pada sinaran matahari terik pada jam 10 pagi hingga 2 petang. Guna pakaian yang menutup kulit sepenuhnya sebagai pelindung tambahan.

2) Belai kulit sebaiknya

Cuci setiap hari dan cukur segala rerambut yang tumbuh pada wajah membantu dalam mengelakkan masalah kulit. Untuk mengekalkan keanjalan kulit, amalkan dengan mandian air suam dan tidak terlalu panas. Ini kerana ia boleh mengelakkan masalah kulit berminyak. Bercukur dengan berhati-hati agar tidak mencelakan kulit. Jika anda mengalami masalah kulit kering, gunakan pelembap kulit dengan SPF sesudah mandi.

3) Diet sihat

Pemakanan yang baik dan sihat menjamin kulit yang cantik dan kesihatan yang baik. Banyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran. Jika anda seorang yang mudah mendapat masalah jerawat, kerapkan pengambilan Vitamin C dan kurangkan pengambilan lemak.

4) Elak stres

Stres yang tidak terkawal boleh menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif dan jerawat mula mengambil tempat pada kulit wajah. Untuk menggalakkan kulit dan kesihatan yang baik, ambil langkah untuk mengurangkan stres anda agar tidak memberi kesan kepada kesihatan kulit dan tubuh badan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *